Friday, 11 January 2013

INCONTINENCE


Urinary incontinence

Urinary incontinence refers to involuntary urine leakage from the bladder. Women are more likely to be affected than men. It is also more common in older people. However it should never be considered as a normal part of the ageing process. It is always a symptom or sign of an underlying problem.

There are different types of urinary incontinence:

Stress incontinence - leakage of small amounts of urine when sneezing, coughing, laughing, straining or lifting
Urge incontinence - associated with a sudden strong urge to urinate
Functional incontinence - resulting from problems such as poor mobility or dexterity, loss of memory or environmental factors.

Relevant topics :

Thursday, 28 June 2012

CRISTINA SUZANNE STOCKSTILL MENGHIASI MUKA DEPAN MAJALAH EH JULAI 2012



Cristina Suzanne Stockstill, berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu,  telah melakonkan drama Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Filem Bebas: Kil (2011), My Indie Rock Darling (2006) dan Bicara Hati (Astro Prima - 2012)

Wajahnya yang jelita akan menghiasi muka depan halaman majalah EH! edisi Julai 2012 yang bertemakan seperti permaisuri mesir.....

Entri yang berkaitan :


Saturday, 23 June 2012

GANJARAN ALLAH TIADA TERTANDING DAN TIDAK SEBANDING



Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:”Allah berfirman:”Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.”
(Bukhari)

Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. 

Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. 

Ganjaran yang tidak tertanding dan sebanding untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA


Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. 

Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya larangan-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. 

Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. 

Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). 

Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

KENDURI KAHWIN ITU SUNNAH




Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

“Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”
HR al-Bukhari dan Muslim

Pada umumnya, kenduri atau jamuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin. 

Dari perkahwinan mewujudkan kenduri kahwin. 

Maksud kenduri kahwin di sini ialah mengadakan jamuan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW.



SYAITAN BERKELIARAN DI WAKTU SENJA




Dari Jabir r.a katanya:

”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Muslim)

Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.

Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. 

Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya. 

ADAB KETIKA MINUM




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”
(at-Tirmidzi)

Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.


Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.


Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu. 


SOLAT-SOLAT SUNAT MENGIRINGI SOLAT FARDHU



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

"Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
Riwayat Muslim

Solat dari segi bahasa ertinya doa. 

Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. 

Terdapat dua jenis sunat rawatib iaitu : 

i)  Sunat "Qabliyah" - dikerjakan sebelum solat wajib

Waktu-waktunya ialah: 

~ 2 rakaat sebelum solat Subuh

~  2 rakaat sebelum solat Zuhur

~  2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar

~  2 rakaat sebelum solat Isya

ii) Sunat "Ba’diyyah" dikerjakan setelah solat fardhu

Waktu-waktunya ialah: 

~  2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur

~  2 rakaat sesudah solat Maghrib 

~  2 rakaat sesudah solat Isya'.

Solat sunat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci menurut syarak dan dilakukan dengan mengadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat sunat (kecuali solat tahiyatul masjid) ialah dirumah sendiri. 

Antara hikmahnya mengerjakannya di rumah sendiri ialah supaya seseorang ketua keluarga itu boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah di samping boleh mengelak daripada sifat riya' (menunjuk-nunjuk) atau ujub.