Showing posts with label RUQYAH - Rawatan Alternatif Secara Islam. Show all posts
Showing posts with label RUQYAH - Rawatan Alternatif Secara Islam. Show all posts

Monday, 11 June 2012

FADHILAT SELAWAT SYIFA'


** Dalam persoalan Selawat Syifa' ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan bahawa di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad S.A.W. dengan sifat Allah S.W.T., kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad S.A.W. 

Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah S.W.T. Semoga Allah S.W.T. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.


Selawat Syifa' ini sejak dahulu lagi telah diamalkan oleh para ulama dahulu dan sekarang, antaranya ahli-ahli Darussyifa', Tuan Guru Prof. Dato' Dr Haron Din, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selain guru-guru pondok dan ulamak-ulamak nusantara. 

Antara Fadhilat Selawat Syifa' :

~  Menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. 

Caranya : 

~  Bacakan ayat Selawat Syifa' ini kepada minyak yang akan digunakan untuk mengurut/menyapu ke atas tempat yang sakit.

~   Kemudian sapukan di atas tempat yang sakit. 

Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah sakit atau bekas itu.

AYAT-AYAT SYIFA



Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, di mana banyak tentang kesembuhan disebutkan. 

Antara contoh surah dan ayat penawar : -  

1.  Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 

~>  untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

2.  Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 

~>  untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

3.  Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55 

~>  untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

4.  Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal

~> untuk sakit jangkitan kuman/virus atau “infections”. Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

5.  Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli 

~>  untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

6.  Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa’, Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma’idah, Surah An-Naml 

~>  untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

7.  Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli 

~>  untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

8.  Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa’ dan Imran 

~>  untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

9.  Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma’idah, Al-A’raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah 

~>  untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

10.  Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu’aara, Al-Furqaan, Ar-Ra’d, Toha, Al-Mu’minum, Muhammad, dan lain-lain surah

~>  untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau “spiritual illness”.