Wednesday 20 June 2012

ANAK PEREMPUAN PELINDUNG DARI API NERAKA



Seorang wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kelembutannya dapat menakluk hati seorang raja dan meruntuh sebuah negara. Hingga terbit sebuah bidalan bahawa "tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia." Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kedua ibu bapa untuk memelihara dan mendidik anak-anak perempuan masing-masing terutamanya dalam ilmu agama. Ingatlah, amanah Allah yang istimewa ini merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: 

"Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." 

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT. 

Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak. 



1 comment:

  1. Harrah's Hotel and Casino - Mapyro
    Find the best 대구광역 출장마사지 prices on Harrah's Hotel and Casino in 익산 출장마사지 Las Vegas (Las 전라북도 출장마사지 Vegas Strip), 1xbet NV. Hotel 과천 출장마사지 Rooms at Harrah's Las Vegas

    ReplyDelete