Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan.
Tetapi kalau kita terus menerus `menindas' kaki, misalnya dengan menyarung kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya, lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.
Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas.
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.
Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga merupakan rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan ia berupaya mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi ialah urutan pada titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini adalah ia selamat namun rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.
Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.
Urutan Refleksologi Kaki Jari Timoré ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan. Rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.
Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.
Secara ringkas, kelebihan rawatan refleksologi kaki berupaya :-
Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan kencing tidak lawas
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Entri berkaitan :
> ----- HOW TO PRESS THE EFFECTED POINT IN YOUR PALM
Penyakit-Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak
Berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh, membuang kalori berlebihan dan membakar lemak.
4. Melangsingkan Badan
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.
5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
Berjalan kaki menguatkan otot-otot badan, rangka dan tulang di dalam tubuh, sekaligus mencegah osteoporosis. Pengambilan vitamin D dan kalsium yang banyak tidak memadai, tubuh memerlukan gerak badan dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit dibawah sinar matahari pagi.
7. Mencegah Kencing Manis
Brisk-walking kira-kira 6 km sejam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
8. Mengurang Depresi
Brisk-walking boleh menggantikan ubat anti depresi.
Entri berkaitan :
> ----- HOW TO PRESS THE EFFECTED POINT IN YOUR PALM
Allah mengurniakan pahala/ganjaran untuk sesiapa berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah. Dari sudut kesihatan berjalan kaki ke masid (lima kali sehari atau sekurang-kurang dua kali sehari untuk solat subuh dan solat maghrib berjemaah) boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Penyakit-Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak
Berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh, membuang kalori berlebihan dan membakar lemak.
4. Melangsingkan Badan
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.
5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
Berjalan kaki menguatkan otot-otot badan, rangka dan tulang di dalam tubuh, sekaligus mencegah osteoporosis. Pengambilan vitamin D dan kalsium yang banyak tidak memadai, tubuh memerlukan gerak badan dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit dibawah sinar matahari pagi.
7. Mencegah Kencing Manis
Brisk-walking kira-kira 6 km sejam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
8. Mengurang Depresi
Brisk-walking boleh menggantikan ubat anti depresi.
No comments:
Post a Comment