Monday, 11 June 2012

FADHILAT SELAWAT SYIFA'


** Dalam persoalan Selawat Syifa' ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan bahawa di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad S.A.W. dengan sifat Allah S.W.T., kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad S.A.W. 

Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah S.W.T. Semoga Allah S.W.T. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.


Selawat Syifa' ini sejak dahulu lagi telah diamalkan oleh para ulama dahulu dan sekarang, antaranya ahli-ahli Darussyifa', Tuan Guru Prof. Dato' Dr Haron Din, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selain guru-guru pondok dan ulamak-ulamak nusantara. 

Antara Fadhilat Selawat Syifa' :

~  Menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. 

Caranya : 

~  Bacakan ayat Selawat Syifa' ini kepada minyak yang akan digunakan untuk mengurut/menyapu ke atas tempat yang sakit.

~   Kemudian sapukan di atas tempat yang sakit. 

Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah sakit atau bekas itu.

No comments:

Post a Comment