Saturday 23 June 2012

SOLAT-SOLAT SUNAT MENGIRINGI SOLAT FARDHU



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

"Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
Riwayat Muslim

Solat dari segi bahasa ertinya doa. 

Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. 

Terdapat dua jenis sunat rawatib iaitu : 

i)  Sunat "Qabliyah" - dikerjakan sebelum solat wajib

Waktu-waktunya ialah: 

~ 2 rakaat sebelum solat Subuh

~  2 rakaat sebelum solat Zuhur

~  2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar

~  2 rakaat sebelum solat Isya

ii) Sunat "Ba’diyyah" dikerjakan setelah solat fardhu

Waktu-waktunya ialah: 

~  2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur

~  2 rakaat sesudah solat Maghrib 

~  2 rakaat sesudah solat Isya'.

Solat sunat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci menurut syarak dan dilakukan dengan mengadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat sunat (kecuali solat tahiyatul masjid) ialah dirumah sendiri. 

Antara hikmahnya mengerjakannya di rumah sendiri ialah supaya seseorang ketua keluarga itu boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah di samping boleh mengelak daripada sifat riya' (menunjuk-nunjuk) atau ujub.

No comments:

Post a Comment