Saturday, 9 June 2012

SAKA

Secara ringkasnya ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. 

Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. 

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). 

Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus.

Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. 

Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. 

Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.

Di antara simptom-simptom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-

1. Sakit anggota badan – bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, 
    dsb.

2. Gangguan emosi dan perasaan – “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa 
    sebab.

3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang Keyakinan diri, “high 
    anxiety”, susah nak focus, dsb.

4. Gangguan tidur – selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.

5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit

6. Sesak nafas atau mengah

7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan 
    kadang kala berasa kebas.

8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang (spinal cord) di mana terletaknya urat saraf (nerves) atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “favourite” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.


GANGGUAN JIN ASYIK / CINTA


Gangguan oleh jin asyik/cinta merupakan gangguan yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlu rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.

PENGENALAN JIN ASYIK

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.

Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

ANTARA SIMPTOM WAJIB YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT JIN ASYIK

1.    Celah kaki seperti cuba dibuka orang
2.    Rasa di tindih dan terasa nikmat
3.    Kemaluan menjadi sakit seperti kepecahan dara
4.    Didatangi lelaki dalam mimpi,
5.    Sering mengalami sakit pinggang ke bawah bahagian belakang
7.    Sering menangis tengah malam
8.    Enggan solat
9.    Tidak terurus
10.  Sering bermimpi.

Biasanya gangguan jin asyik berlaku pada perempuan. Bahkan mereka lebih suka untuk bersama manusia berbanding spesis jin sendiri.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit.

BAHANA JIN ASYIK

Wanita yang pemikirannya telah dikuasai jin asyik (kadang-kadang wanita yang  telah berkahwin, malah ada yang telah mempunyai  anak) akan berkeras tidak mahu berubat. Malah ada yang sehingga meminta cerai daripada suami. Ada yang mengancam kalau tidak diceraikan, dia akan membunuh anaknya sendiri!

Jika wanita itu telah bersuami, suaminya juga diganggu untuk menjadi mudah marah, dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti memukul isteri. Inilah bahana gngguan jin asyik. Mereka akan merosakkan hubungan antara suami isteri dan akan menjerumus kepada penceraian. Si lelaki jika tidak cukup kuat bersabar, iman mudah goyah, maka pastilah akan di akhiri dengan penceraian pada akhirnya.

Bagi mereka yang sakit, dinasihatkan untuk mencari pengamal-pengamal perubatan Islam  bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin secara berperingkat sehingga benar-benar sembuh. Jangan ikhtiar dengan bomoh dan sebagainya, yang mensyirikkan Allah Taala.

ANTARA CARA PENGUBATAN YANG LAZIM DIGUNAKAN

1.  Pesakit diminta bersedia dengan duduk melunjur kaki
2.  Kemudian pesakit diberi minum air ruqyah.
2.  Ruqyah dimulakan dengan istighfar dan tapak tangan diletak pada dahi pesakit
4.  Seterusnya sesi dialog dengan jin
5.  Kemudian sesi angkat sumpah dan sesi pengeluaran jin dari jasad pesakit dengan  melaungkan azan
6.  Seterusnya penyediaan air penawar untuk mandian dan minuman si pesakit.
7.  Sesi menasihatkan si pesakit agar menjaga adab sebagai muslimin, menjaga solat, menutup aurat dan
     melazimi bacaan Quran.
8.  Akhir sekali sesi membuat pemagaran rumah (jika perlu atau diminta oleh tuan rumah)

No comments:

Post a Comment