Monday, 11 June 2012

CARA RASULULLAH MENGELAK DAN MENYEMBUH PENYAKIT



Entri-entri berkaitan :

~~~>   Rasulullah S.AW Melarang Makan atau Minum Berdiri

~~~>  CARA HIDUP SIHAT RASULULLAH SAW

~~~>  KHASIAT KURMA KISMIS DAN MADU

~~~>  Rasulullah s.a.w melarang bernafas dalam bekas minuman


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Berikut adalah perkara-perkara yang menjadi amalan Rasulullah S.A.W. :

(  i. )  AMALAN YANG BOLEH MENDATANGKAN REZEKI : -

1.  Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur)

2.  Banyak  beristighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh)

3. Banyak bersedekah 

4. Banyak berzikir di waktu pagi dan petang. 

~>  Sebaliknya tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat akan 
      menyebabkan rezeki tersekat.


( ii.)  PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENAJAMKAN INGATAN & KEFAHAMAN : -

1.   kegembiraan hati

2.  sedikit makan dan sedikit minum

3.  mengawal makanan yang manis dan berlemak 

4.  mengurangkan perkara yang menyumbang ke arah berat badan yang berlebihan


~>  Sebaliknya  makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), selalu bersedih hati  
      dan fikiran selalu runsing boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman

( ii1.)  AMALAN UNTUK MENERANGKAN MATA DAN MENYEJUKKAN HATI : -

1.  melihat pada warna hijau

2.  melihat air yang mengalir

3.  melihat orang/barang yang disayangi 

4.  melihat buah (dedaun)

~>  sebaliknya berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka 
     (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil boleh menggelapkan 
     pandangan.

( iv.)  UNTUK MENAIKKAN SERI WAJAH (PENYEBAB WAJAH BERSINAR) : -

1.   Menjaga maruah
2.   Jujur
3.  Murah hati, ringan tangan dan dermawan 
4.  Takwa

~>  sebaliknya amalan berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan 
      banyak berbuat dosa boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya).


Berikut pula ialah sifa-sifat negatif yang akan mengundang penyakit :

( i.)  PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

(ii.)  BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.


No comments:

Post a Comment